Dunia hiburan hari ini kecoh apabila tular sebuah video yang didakwa milik seorang pengacara merangkap jurulatih zumba sedang melakukan onani di atas katil.
Menerusi video berdurasi 15 saat tersebut, pengacara itu difahamkan merakam aksi terkutuk terbabit di dalam bilik tidurnya.
Dengan memiliki rupa paras yang lembut, ada pihak mendakwa lelaki itu menjalinkan hubungan songsang dengan kaum sejenis.
Malah, timbul spekulasi apabila ada komen mengatakan video pasangannya juga pernah tular sebelum ini.
Menjengah Instagram milik individu itu, netizen mula membanjiri komen-komen nakal bertanyakan kebenaran video sensasi terbabit.
Sehingga kini, pengacara tersebut masih mengunci mulit seolah-olah tidak terkesan dengan gosip yang menimpanya.
Bagaimanapun, hasil carian HibGlam mendapati video tersebut telah pun dipadam dalam gelangang media sosial. -KOSMO! ONLINE