fbpx

Shahidan gesa Hulu Langat tarik perkataan ‘penunggang agama’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana kecoh antara Shahidan dan Mohd. Sany pada sidang Dewan Rakyat, pagi ini.

KUALA LUMPUR – Suasana di dalam Dewan Rakyat pagi ini menjadi kecoh seketika apabila Ahli Parlimen Arau (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa Ahli Parlimen Hulu Langat (PH), Mohd. Sany Hamzan menarik balik perkataan ‘penunggang agama’.

Ia ekoran Mohd. Sany sebelum itu bangkit bersetuju dengan jawapan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata persepsi negatif terhadap undang-undang syariah hanya dibangkitkan kerana ada ahli politik yang menunggang agama.

“PM, tunggang agama itu memang tepat sekali,” kata Mohd. Sany.

Susulan itu, Shahidan meminta Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, membawa perkara 36 (6) kepada Mohd. Sany untuk menarik balik perkataan ‘penunggang agama’ tersebut dengan segera.

“Saya membawa perkara 36 (6) kepada Hulu Langat sebab dia menyebut perkataan ‘penunggang agama’ itu. Saya ingat benda ni dah harmoni dah. Tiba-tiba muncul manusia yang menyebut perkataan itu.

“Benda ini penting sebab direkodkan, dia kena tarik balik, kalau tak tarik balik, saya akan rujuk dan bawa perkara 36 (12). Kalau kamu tak cakap, benda ni jadi elok,” kata Shahidan.

Mohd. Sany kemudiannya berkata beliau sedia dirujuk dan menegaskan dia hanya bersetuju dengan kenyataan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, sebelum ini.

“Saya sedia dirujuk. Duduklah Arau kita kan sahabat. Saya sebut kerana kenyataan PM itu benar dan tepat. Khas ditujukan ke sebelah ‘sana’. Saya tidak mengaku saya menyebut perkataan ‘penunggang agama’. Kemenangan di pihak kami,” katanya.

Yang Dipertua Dewan Rakyat kemudiannya mengarahkan semua ahli parlimen kembali bertenang dan duduk ekoran terdapat pelawat dari Parlimen Australia yang hadir bagi menyaksikan sesi sidang pagi ini.

“Hulu langat beri penjelasan pada saya adakah awak sebut ‘PM tunggang agama’. Kalau tidak sebut tak apa, kalau sesiapa yang dengar, masukkan usul ya. Kita ada pelawat dari Parlimen Australia, tolong ya,” katanya.

Sebelum itu, Perdana Menteri menjawab soalan yang dikemukan oleh Mohd. Azizi bin Abu Naim (Gua Musang-PN) berkaitan pendirian Kerajaan Persekutuan terhadap Notis Petisyen yang difailkan oleh Nik Elin Zurina dan anaknya serta usaha yang dibuat oleh Kerajaan bagi memastikan undang-undang berkaitan syariah terus terpelihara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI