fbpx

Saya tak kebulur tiket percuma – Che Ta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHE TA menegaskan dia tidak pernah mengharapkan tiket percuma dan sentiasa membeli tiket demi kelangsungan kerjaya artis-artis tempatan.

PETALING JAYA – Didakwa menempel di konsert A Night With Aina Abdul 3.0 menggunakan tiket percuma, pelakon Rozita Che Wan menempelak tuduhan tersebut dengan menegaskan dirinya tidak sekebulur itu.

Malah, Rozita yang mesra disapa Che Ta itu menjelaskan dia membeli tiket ke konsert tersebut kerana benar-benar minat dengan suara dan kebolehan pemenang Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) itu.

“Amboi siapa yang mulut jahat kata saya pergi konsert Aina Abdul sebab dapat tiket percuma. Eh tolonglah, saya sentiasa sokong artis tempatan.

“Kalau kalian perasan saya tak pergi konsert artis antarabangsa. Saya sokong Anuar Zain, Ziana Zain, Aina Abdul dan artis lain yang saya minat.

“Tapi pembetulan ya, saya tidaklah kebulur tiket percuma, tidak sama sekali,” kata Che Ta menerusi sebuah video dalam TikTok.

Dalam perkongsian sama, Che Ta berkata usai sahaja konsert yang berlangsung pada 18 November lalu itu, dia kemudian bergegas ke Terengganu untuk penggambaran.

“Saya ini sanggup lepas habis shooting 17 November terus balik Kuala Lumpur, enam jam duduk dalam kereta, kembang punggung.

“Habis sahaja konsert pada 18 November malam tu, terus gerak ke Terengganu supaya keesokan harinya terus sambung shooting,” ujarnya panjang lebar.

Sementara itu, Ziana turut dilihat meninggalkan komen mengatakan dia juga membeli tiket ke konsert Aina sebagai tanda sokongan kepada penyanyi berbakat besar itu.

“Betul cakap Che Ta, kita pun beli tiket tau, sokong antara satu sama lain, tak baik kata kita dapat tiket percuma,” ulas pelantun Putus Terpaksa itu.

Kedua-dua selebriti senior itu mengulas mengenai tiket konsert selepas terdengar ‘bunyi-bunyi’ mereka muncul di Axiata Arena pada 18 November kalu kerana mendapat pas percuma.

Konsert A Night With Aina Abdul 3.0 yang dihadiri 10,000 ribu penonton meraih pujian ramai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI