fbpx

Pesara kerajaan mengaku tidak bersalah subahat tuntutan palsu Penjana Kerjaya 2.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan terbabit di Jalan Bandar Putra 1A, Bandar Putra, di sini, pada 4 Oktober 2021 dan dua kesalahan pada 1 Disember 2021.

KUANTAN – Seorang pesara kerajaan mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu bagi menuntut insentif berjumlah RM9,537.78 sejak dua tahun lalu.

Dokumen tersebut bagi menuntut bayaran yuran insentif pengambilan pekerja di bawah Program Penjana Kerjaya 2.0 Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Tertuduh, Rozina Abu Bakar, 62, membuat pengakuan terbabit di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang merupakan pengurus syarikat Teja Skill Solution didakwa bersubahat dengan seorang individu memberikan laporan kursus perniagaan malalui internet di bawah program Penjana Kerjaya 2.0 bagi menuntut insentif terbabit.

Rozina didakwa mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen tersebut mengandungi butiran palsu tentang tiga individu berbeza dengan setiap satu tuntutan bernilai RM3,179.26 sedangkan kesemua mereka tidak pernah menghadiri kursus tersebut.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan terbabit di Jalan Bandar Putra 1A, Bandar Putra, di sini, pada 4 Oktober 2021 dan dua kesalahan lagi pada 1 Disember 2021.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rifah Izzati Abdul Mutalif mencadangkan kepada mahkamah agar tertuduh ditawarkan wang jaminan sebanyak RM15,000.

Tertuduh diwakili peguam, Fadzly Mohd Ramli, memohon agar wang jaminan dikurangkan kepada RM5,000 berikutan tertuduh tidak mempunyaj pendapatan tetap selain perlu menyara lima orang anak termasuk seorang anak kelainan upaya (OKU).

Hakim memutuskan tertuduh dikenakan ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin bercagar selain tertuduh perlu melaporkan diri ke Pejabat SPRM Pahang bermula Disember serta perlu menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah sehingga bicara selesai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI