fbpx

mGATS dinaiktaraf bakal dilancar suku pertama 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baharin (kiri) menjelaskan mengenai salah satu projek TNB kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof (tengah) di Kuala Lumpur baru-baru ini

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menjenamakan semula dan mentransformasikan Malaysia Green Attribute Trading System (mGATS) untuk dinaik taraf pasaran digital terulung negara bagi Sijil Tenaga Boleh Baharu Malaysia (Malaysia Renewable Energy Certificate, mREC).

mGATS yang pada mulanya diperkenalkan sebagai hab maklumat untuk sijil tenaga boleh baharu empat tahun lalu, kini mengalami perubahan ketara dalam fungsinya, beralih kepada pasaran digital dinamik untuk REC. 

mGATS yang dijenamakan semula dijadualkan untuk dilancarkan pada suku pertama 2024.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Ir. Baharin Din berkata, pelancaran mGATS yang dijenamakan semula menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan Malaysia ke arah masa depan tenaga yang lebih hijau dan mampan. 

Menurut beliau, Inisiatif ini sejajar dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang menyasarkan 70 peratus bekalan tenaga primer Malaysia datang daripada tenaga boleh baharu menjelang tahun 2050.

“mGATS yang dinaik taraf akan memberikan manfaat besar kepada pelanggan perniagaan, menawarkan cara yang telus dan mesra pengguna untuk mendapatkan tenaga elektrik hijau terutamanya bagi mereka yang menyasarkan matlamat penggunaan tenaga boleh baharu sebanyak 100 peratus.

“Apabila platform mGATS yang baharu beroperasi pada suku pertama 2024, entiti komersial dan perindustrian yang berminat untuk mendapatkan mREC bagi elektrik hijau secara tidak langsung boleh mengambil bahagian dalam platform pembidaan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam. 

Baharin menerangkan, mGATS akan berkembang dari semasa ke semasa untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami dalam usaha mereka mencari tenaga elektrik hijau. -KOSMO! ONLINE

.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI