fbpx

Liga Super: Kelantan FC akur dibolosi 102 gol musim ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain muda Kelantan FC telah bekerja keras meskipun akur tewas 0-7 kepada Sabah FC malam tadi. - Foto ihsan MFL

PETALING JAYA – Kelantan FC akur apabila menjadi pasukan pertama Liga Super selepas mencipta rekod terburuk bolos dengan 102 gol dalam 23 perlawanan musim ini.

Angka tersebut dicapai susulan kekalahan besar 0-7 kepada Sabah di Stadium UiTM Shah Alam, malam tadi.

Sejak Liga Super diperkenalkan pada 2004, The Red Warriors kini muncul pasukan pertama yang bolos lebih 100 gol semusim, mengatasi rekod bolos 75 gol dialami PDRM FC pada edisi 2009.

Ketua jurulatih Kelantan FC, Alfredo Vera berkata, tiada alasan yang boleh diberikan mengenai jumlah gol yang dibolosi pasukan musim ini selain daripada kekurangan pemain sehingga terpaksa menagih khidmat tonggak remaja.

“Kita boleh lihat pemain-pemain yang mewakili pasukan musim ini berusia 17 tahun hingga 21 tahun dan kita tiada pasukan yang tetap selain bantuan pemain import.

Namun, pujian wajar diberikan kepada mereka yang beraksi dengan sepenuh hati walaupun berdepan cabaran hebat daripada skuad yang lebih berpengalaman seperti Sabah,” katanya selepas tamat perlawanan.

Pada perlawanan semalam, skuad The Rhinos berjaya melakar kemenangan hasil jaringan Jafri Firdaus Chew, Farhan Roslan, Rizal Ghazali, Irfan Fazail, Telmo Castanheira, Ramon Machado dan S. Kumaahran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI