fbpx

Lelaki ‘lepas hajat’ pada tiang parkir pusat beli-belah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang merupakan lelaki tempatan itu sudah dikenal pasti dan sedang dikesan pihak polis.

SUBANG JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan individu lelaki yang membuang air kecil pada tiang di tempat letak kenderaan sebuah pusat beli-belah, di sini Khamis lalu.

Perlakuan individu terbabit mendapat kecaman ramai setelah sebuah video berdurasi 50 saat dimuat naik di media sosial.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, suspek merupakan seorang lelaki warga tempatan.

“Ketika kejadian, suspek memakai baju warna hitam dan seluar pendek warna kelabu telah kencing pada tiang seterusnya beredar ke arah kereta Mazda biru.

“Perakam video bertindak menegur perbuatannya dan suspek hanya menjawab minta maaf sebelum beredar,”ujarnya dalam kenyataan, hari ini.

Wan Azlan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 (Akta 336).

“Suspek sedang dikesan untuk siasatan lanjut berkaitan kejadian,” katanya. Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak melakukan perkara yang boleh mendatangkan aib dan kegusaran kepada orang awam.

Sekiranya ada maklumat berkaitan, sila hubungi 03-78627100 (Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya) atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Norhishamuddin Hamdan di talian 010-2494819. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI