fbpx

Konflik Palestin-Israel: 550 pesakit terbiar tanpa rawatan di Hospital Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEKALAN elektrik sudah diputuskan sepenuhnya sejak beberapa hari lalu di Hospital Indonesia, utara Gaza. - MER-C INDONESIA

BANDAR GAZA – Sekurang-kurangnya 550 pesakit terbiar tanpa menerima rawatan di Hospital Indonesia, utara Gaza hari ini, lapor laman berita Middle East Eye.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin, Dr. Munir al Borsh berkata, 550 pesakit yang terperangkap di dalam hospital itu sukar mendapatkan sebarang rawatan kerana kepungan oleh tentera Israel masih berterusan.

Munir memberitahu perkembangan itu kepada stesen televisyen Al Jazeera Arabic ketika kereta-kereta kebal tentera Rejim Zionis terus mengepung hospital tersebut.

“Terdapat ramai pesakit yang cedera di dalam (hospital) tanpa mempunyai peralatan mencukupi untuk membantu mereka,” tambahnya.

Tentera Israel dilaporkan turut menembak sesiapa sahaja yang bergerak di dalam hospital itu, manakala bekalan elektrik telah terputus sepenuhnya sejak beberapa hari lalu.

Kira-kira 200 pesakit telah pun dipindahkan ke Hospital al-Nasser, manakala semua hospital di utara Gaza kini tidak lagi beroperasi.

“Tiada perkhidmatan perubatan atau bantuan kepada sesiapa pun di utara Gaza sekarang,” kata jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qudra. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI