fbpx

Kerajaan lulus segera RM80 juta bangunkan Digital ID

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar berucap ketika melakukan lawatan rasmi ke Mimos di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kerajaan meluluskan peruntukan awal RM80 Juta kepada pembangunan Identiti Digital Nasional (IDN) yang akan dilaksanakan Mimos Berhad (Mimos) iaitu agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu dalam usaha menyegerakan platform pengesahan diri berkenaan yang dipercayai mampu mempertingkat lagi tahap kecekapan perkhidmatan awam.

“Kita agak ketinggalan dalam beberapa bidang padahal kita ada keupayaan, ada kemahiran dan kepakaran, jadi ada keperluan segerakan peruntukan. Untuk mempercepatkan proses itu, kita segerakan dan melihat program pelaksanaan itu diawalkan.

“Saya mendapat jaminan bahawa ia dapat disegerakan dalam tempoh tiga bulan dari sekarang dengan syarat kerajaan meluluskan peruntukan untuk membeli server scan. Jadi, saya dah minta Kementerian Kewangan dan Kementerian Dalam Negeri menyalurkan RM80 juta minggu depan,” katanya selepas mengadakan lawatan rasmi di Mimos, di sini hari ini.

Tambah Anwar, beberapa kelulusan dan peruntukan lain akan turut disegerakan sebelum akhir bulan ini.

“Pendaftaran Digital ID (diperuntukkan) minggu depan. Menteri, Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Pengarah dan ketua jabatan harus memulakan pendaftaran.

“Kalau mahu diberi subsidi bersasar atau kemudahan lain, sama ada jabatan atau pihak swasta, ia mesti bermula dengan pendaftaran Digital ID. Peruntukan yang besar RM80 juta, ini permulaan sahaja, akan ada peruntukan lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI