fbpx

Kena scam RM1,200 beli tiket palsu konsert Coldplay

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SyedAmiruuul memuat naik hantaran pada aplikasi X berhubung penipuan tiket konsert Coldplay didakwa dialaminya sehingga kerugian RM1,200.

PETALING JAYA – Seorang lelaki mendakwa telah ditipu sebanyak RM1,200 berhubung pembelian tiket konsert Coldplay yang dibeli daripada seorang individu pada 27 Julai lalu.

Pemuda tersebut memuat naik hantaran pada aplikasi X menggunakan nama SyedAmiruuul malam tadi serta mendakwa, dia membeli tiket konsert Coldplay itu apabila individu tersebut tidak dapat menghadirinya kerana peperiksaan akhir.

Menerusi perbulan SyedAmiruuul dengan individu tersebut, dia menghantar mesej iaitu berminat untuk membeli tiket itu selain berharap ia bukan scam.

Malah, dia turut bertanyakan kepada individu itu sebab-sebab mahu menjual kembali tiket konsert Coldplay.

“Ini kerana saya tak dapat pergi konsert itu sebab ada perkara penting pada bulan konsert itu berlangsung, yang mana ia adalah peperiksaan akhir saya,” kata individu itu pada perbualan yang dikongsikan SyedAmiruuul.

Dalam masa sama, individu itu didakwa melampirkan resit pembelian tiket konsert Coldplay yang dibeli dengan harga RM1,546 selain beberapa bukti lain selepas diminta SyedAmiruuul.

Individu itu juga menghantar gambar MyKad selain nombor telefon untuk berhubung menerusi aplikasi WhatsApp.

Sementara itu, SyedAmiruuul turut memuat naik tangkap layar daripada Facebook berhubung penipuan pembelian tiket konsert Coldplay didakwa dibuat individu yang sama.

“Ternampak di Facebook dan sama ada dia gunakan kad pengenalan orang lain untuk scam. Lelaki ini mungkin mangsa juga, kita pun tak tahu. Harap semua orang boleh sebarkan dan tidak tertipu dengan scam ini sama seperti saya.

“Salah saya juga sebab terlalu nak cepat beli tiket, terpengaruh dengan harga dan bukti diberikan individu itu. Tapi ini juga pengajaran kepada saya untuk tidak sewenang-wenangnya percaya pada orang terutama apabila membeli tiket daripada ‘reseller’,” katanya.

Sementara itu, katanya, teman wanitanya berjaya membeli tiket baharu yang tulen daripada penganjur rasmi sekali gus menasihati orang ramai supaya tidak tertipu dengan scammer tiket seperti dialaminya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI