fbpx

Kakak ditahan adik OKU mati dalam bilik sewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita OKU ditemui meninggal dunia di dalam bilik sebuah rumah di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani kelmarin.

SUNGAI PETANI – Seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) ditemui meninggal dunia di dalam sebuah bilik yang disewa bersama kakaknya di Bandar Puteri Jaya, di sini pada kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kakak mangsa mendakwa menemui adiknya dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas pulang dari tempat kerja pada pukul 7.30 pagi, kelmarin.

Katanya, mangsa didapati telah meninggal dunia dengan kesan darah pada hidung dan mulutnya.

“Kakak mangsa berusia 39 tahun itu tidak berbuat apa-apa dan meninggalkan mayat adiknya kerana ketakutan. Dia keluar menguruskan beberapa hal berkaitan kerjanya.

“Keesokan harinya, wanita terbabit memaklumkan kepada pemilik rumah yang disewa mereka berkaitan kematian adiknya sebelum bertindak membuat laporan polis pada pukul 2 petang,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, polis bergegas ke lokasi kejadian dan pemeriksaan mendapati
terdapat kesan lebam dan luka pada tubuh mangsa.

“Kita seterusnya menahan reman kakak mangsa selama lima hari bermula hari ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk bedah siasat.

Tambahnya, hasil siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan OKU kategori masalah pembelajaran itu dipercayai tinggal di bilik sewa di rumah dua tingkat itu bersama kakaknya sejak Disember tahun lalu.

“Turut menyewa di dalam dua bilik di rumah sama ialah seorang wanita pekerja kilang dan dua pelajar yang sedang membuat latihan amali di Hospital Sultan Abdul Halim di sini,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI