fbpx

Euro 2024: Empat gol Lukaku julang Belgium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUKAKU membuktikan bisa apabila meledak empat gol ketika membantu Belgium menewaskan Azerbaijan awal pagi semalam. - AFP

BRUSSELS – Belgium menamatkan aksi kelayakan Euro 2024 dengan sempurna apabila berjaya membelasah Azerbaijan 5-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium King Baudouin awal pagi semalam.

Kemenangan itu menyaksikan skuad TroRed Devils tidak pernah tewas pada saingan kelayakan apabila mencatat enam kemenangan dan dua seri, sekali gus berada dalam balang 1 ketika undian nanti.

Penyerang Belgium, Romelu Lukaku merupakan pemain paling berbisa pada perlawanan tersebut apabila berjaya menjaringkan empat gol manakala satu lagi gol dijaringkan pemain tengah, Leandro Trossard.

“Sudah tentu saya gembira untuk berada dalam balang 1 pada majlis undian nanti. Apa yang paling penting adalah kami menamatkan saingan kelayakan dengan mencatat kemenangan di hadapan penyokong sendiri.

“Kami tidak pernah tewas sepanjang 2023, namun bagi saya ia hanya satu permulaan kerana masih banyak kerja perlu dilakukan. Bagaimanapun, ia beri kelebihan kepada kami dari segi keyakinan,” kata jurulatih Belgium, Domenico Tedesco.

Sementara itu, beliau juga menghamburkan pujian terhadap Lukaku yang menunjukkan penyudah tajam di depan gol selain menganggap penyerang AS Roma itu berada pada prestasi terbaiknya musim ini.

“Romelu Lukaku sangat menakjubkan dan memang saya dapat rasakan dia berada dalam kondisi terbaik sebelum perlawanan hari ini (semalam). Saya sangat gembira dan bangga dengan apa yang dia lakukan sepanjang 90 minit permainan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI