Kini, tiada lagi manual undang-undang dalam berfesyen serta gaya yang terlalu mengikut aliran.
Paling penting adalah gaya individu. Anda hanya perlu bijak bereksperimentasi dan yakin dengan penampilan sendiri.
Beberapa definisi gaya yang dirasakan perlu ada pada lelaki dan cukup penting adalah keterampilan diri dalam menyerlahkan keperibadian disegani.
Di sini, dinyatakan beberapa definisi gaya yang perlu dititikberatkan oleh kaum Adam.
Pakaian
Pakaian merupakan ekspresi luaran yang lahir daripada dalam diri individu atau seseorang.
Berpakaian bertujuan sebagai suatu ekspresi gaya tersendiri atau sekadar untuk menyampaikan mesej tertentu kepada sesiapa yang melihat.
Walau apapun gaya anda, seharusnya ia nampak effort less & natural (bersahaja), tidak keterlaluan serta trying too hard.
Gaya
Gaya adalah sesuatu yang peribadi. Jika anda rasa cukup yakin untuk menggayakan sesuatu rekaan, teruskan niat itu dan bereksperimentasi dengan fesyen.
Tiada siapa yang sepatutnya memberitahu anda tentang cara untuk berpakaian. Setiap kita ada gaya individu yang tersendiri. Sememangnya untuk kelihatan menarik, kadangkala kita perlu membuat sedikit perubahan pada gaya kita. Paling penting kita harus bijak memilih dan bereksperimentasi dengan fesyen.
Etika
Lapan puluh peratus daripada gaya adalah dengan mempunyai pakaian yang sesuai untuk pelbagai acara dan majlis. Sejak kebelakangan ini, kod berpakaian lebih terbuka dan fleksibel, tetapi perlu diingat bahawa masih ada etika berpakaian yang perlu diikuti oleh kita. Contohnya, apabila anda kurang pasti tentang etika pakaian formal, jalan paling selamat adalah memakai tali leher untuk ke majlis tersebut.
Harga
Bukan mahal atau murah sesuatu pakaian yang menjadi aspek utama dalam penampilan seharian, tetapi perlu diingat sebenarnya untuk kelihatan hebat dalam apa sahaja yang kita gayakan, pakaian perlu sesuai dengan potongan badan. Kita memang kadangkala amat teruja untuk memakai segala yang menjadi look of the moment.
Namun, pastikan jangan kesemuanya dipakai pada satu masa kerana ia akan kelihatan agak keterlaluan dan mungkin menjadi umpatan kepada mereka yang melihat.
Sut
Apabila memilih sut, seseorang lelaki harus mencari yang paling sesuai dan selesa digayakan.
Bukan memilih sut yang hebat dari segi rekaan, tetapi nampak janggal apabila dipakai. Dalam erti kata lain, elegance, sophistication and timeless style always better than off-the-moment trends, which will date-and date the wearer. Dalam lingkungan yang konservatif, lelaki seharusnya berpakaian mengikut gaya klasik dan rasmi (formal). Pemilihan warna untuk bisnes sut lebih tertumpu pada rona hitam dan kelabu.
Lelaki perlu mengelak pemakaian aksesori yang pelik dan agak berat serta keterlaluan untuk dipakai ke pejabat.
Ia hanya sesuai digayakan selepas waktu bekerja. Pilihlah kafling yang tidak begitu menonjol rekaannya dan tali pinggang yang sepadan dengan sut serta tali leher. Jam tangan (rekaan konservatif) dan cincin perkahwinan antara pelengkap aksesori.
Padanan
Setiap kali menggayakan sesuatu pakaian berserta padanannya sekali, pastikan anda melihat secara keseluruhan (total look). Jaket, kemeja, tali leher, seluar dan kasut anda mungkin daripada jenama hebat. Namun, adakah ia sesuai dipadankan di antara satu sama lain?
Berpakaian penuh gaya dapat dicapai jika kita tahu menata gaya secara keseluruhan. Perlu diingat, setiap gaya seharusnya mencerminkan gaya individu yang tersendiri.