fbpx

Coldplay kumpulan menyokong Palestin – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika sesi soal jawab di Parlimen, semalam. Foto kredit JABATAN PENERANGAN

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau akan berbincang dengan Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan isu konsert Coldplay yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur Rabu ini.

Anwar berkata, pertemuan itu untuk membincangkan beberapa perkara yang mungkin berbangkit berkaitan konsert itu sebelum sebarang keputusan dibuat.

Jelas Anwar, Coldplay adalah antara kumpulan yang menyokong Palestin dan ada pihak menggesa supaya konsert tersebut tidak dibatalkan.

“Coldplay ini antara kumpulan yang menyokong Palestin dan dalam kerajaan lalu pun ia diluluskan juga, jadi saya akan bincang dengan mufti apakah keadaan ini.

“Kerana ada pelobi-pelobi dari gerakan Palestin yang menyokong dan memberikan pandangan kepada Menteri Luar dan pejabat saya mengapa dihalang kumpulan yang menyokong perjuangan Palestin,” kata di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad (PN- Machang) yang bertanyakan pendirian kerajaan tentang konsert terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI