fbpx

Cikgu Hafiz masih hidup, tiada di Sungai Sedim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaiton bersama anaknya, Ahmad Firdaus menunjukkan gambar Mohd. Hafiz yang disimpan dalam telefon bimbit ketika ditemui di rumahnya di Kulim baru-baru ini. – AZAHAR HASHIM

ALOR SETAR – Polis menemui petunjuk baharu berhubung kehilangan Mohd Hafiz Jasmi, 38, di kawasan peranginan Sungai Sedim, Kulim sejak 8 November lepas.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi, hasil maklumat daripada seorang saksi di tempat kejadian mendapati lelaki tersebut yang juga dikenali sebagai Cikgu Hafiz dipercayai sudah meninggalkan kawasan berkenaan pada hari beliau dilaporkan hilang.

“Pada hari kelima selepas kehilangannya dilaporkan, kita menemui petunjuk bahawa bahawa orang hilang ini masih hidup dan hentikan pencarian di Sedim seterusnya membuka maklumat kepada orang awam sekiranya ada apa-apa maklumat.

“Ada saksi nampak dengan jelasnya dia (Cikgu Hafiz) beredar dari tempat kejadian dengan sebuah kenderaan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.

Sehubungan dengan itu kata beliau, polis menasihatkan orang ramai supaya menghentikan pencarian di kawasan tersebut kerana dikhuatiri mendatangkan insiden yang tidak diingini terutama ketika musim tengkujuh ini.

“Operasi polis ditamatkan selepas lima hari SAR di kawasan berkenaan selepas kita menemui petunjuk tersebut. Namun kita dapati masih ada pihak tertentu yang menjadikan operasi secara persendirian dan kita menasihatkan agar mereka menghentikannya.

“Kita tidak mahu nanti kita terpaksa mencari orang lain pula. Sebarang aktiviti di kawasan itu sebenarnya memerlukan kebenaran daripada Jabatan Perhutanan. Kawasan itu pun sebenarnya sudah ditutup ketika ini,” katanya.

Katanya, polis mempercayai tidak ada unsur jenayah dalam kes berkenaan dan ia diklasifikasikan sebagai orang hilang.

“Kereta miliknya yang ditemui juga dalam keadaan elok dan tiada pecah masuk. Jadi kita klasifikasikan kes ini sebagai orang hilang,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI