fbpx

Buaya makin banyak di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUCHING – Kerajaan Sarawak mempertimbang melakukan pemerdagangan buaya sebagai langkah mengurangkan populasi buaya yang terus meningkat dan semakin membimbangkan di negeri ini.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh berkata, melalui inisiatif itu, ia dapat mengalakkan lebih ramai orang terlibat dalam aktiviti penakaian buaya di negeri ini.

“Kita ingin melakukannya (perdagangan buaya)… inilah sebabnya kita ingin menggalakkan orang ramai mengambil bahagian (penakaian buaya) untuk terlibat dalam perdagangan.

“Namun ia masih memerlukan permit dan oleh itu, orang ramai tidak dibenarkan tangkap sembarangan (buaya) kerana kita masih mengawal penakaian buaya ini,” katanya pada sidang media sempena persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Menurutnya, walaupun lesen penakaian buaya telah dikeluarkan, namun aktiviti itu masih tidak aktif disebabkan dilema dengan pantang larang khususnya melibatkan komuniti Melayu dan Dayak.

Katanya, setakat ini Kerajaan Sarawak menerusi Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) telah mengeluarkan sebanyak 173 permit penakaian buaya namun bancian yang dibuat ke atas populasi buaya mendapati jumlahnya semakin meningkat daripada 13,500 pada 2014 kepada 24,000 pada tahun ini.

Sehubungan itu, Len berkata kementeriannya bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Afrika Selatan serta Australia bagi mempelajari cara menangani masalah populasi buaya yang tinggi.

Sementara itu, Len berkata aplikasi pemantauan kehadiran buaya secara masa nyata yang dibangunkan SFC dengan kerjasama Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS) dijangka akan dilancarkan tahun depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI