fbpx

Banjir Somalia ragut 50 nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk di bandar Luuq meninggalkan kediaman untuk mencari perlindungan. - Trocaire

MOGADISHU, SOMALIA – Banjir kilat di Somalia telah meragut nyawa 50 orang dengan hampir 700,000 yang lain kehilangan tempat tinggal.

Seorang opegawai kerajaan berkata, hujan lebat yang bermula semalam diramal semakin teruk.

Rantau Tanduk Afrika mengalami hujan lebat dan banjir yang dikaitkan dengan fenomena El Nino. 

Ia meragut berpuluh-puluh nyawa dan menyebabkan perpindahan besar-besaran penduduk termasuk di Somalia, di mana hujan lebat telah memusnahkan jambatan serta kawasan perumahan ditenggelami air.

“Lima puluh orang maut dalam bencana itu, manakala 687,235 orang terpaksa meninggalkan rumah mereka.

“Hujan yang diramal turun antara 21 (hari ini) hingga 24 November ini mungkin menyebabkan lebih banyak banjir yang boleh menyebabkan kematian dan kemusnahan,” kata Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Somalia, Mohamud Moalim Abdullahi pada taklimat akhbar kelmarin.

Sabtu lalu, Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) menyatakan bahawa jumlah orang yang kehilangan tempat tinggal akibat hujan lebat dan banjir di Somalia meningkat hampir dua kali ganda dalam seminggu.

Dalam masa sama, 1.7 juta orang secara keseluruhan telah terjejas akibat bencana itu.

“Selain itu, jalan raya, jambatan dan landasan pesawat telah rosak di beberapa kawasan, menjejaskan pergerakan orang ramai dan bekalan serta menyebabkan kenaikan harga komoditi asas,” kata OCHA. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI