fbpx

Amaran hujan berterusan buruk di Kelantan, Terengganu hingga esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan (buruk) di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu sehingga esok.

MetMalaysia memaklumkan, Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

“Seterusnya, Terengganu merangkumi Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang,” menurut MetMalaysia pada hantaran Facebook, hari ini.

Dalam masa sama, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Kedah (Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Manjung) dalam tempoh esok hingga Khamis.

“Selain itu, hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan (Jeli dan Kuala Krai), Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) serta Pahang (Kuantan) sehingga esok,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI