fbpx

Ahli Parlimen Maran dimasukkan ke ICCU IJN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail.

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib kini sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Perkara itu dimaklumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul sebelum sesi soal jawab menteri di Parlimen hari ini bermula.

“Saya nak maklumkan bahawa sahabat kita Maran (Ahli Parlimen Maran) berada di ICCU IJN.

“Jadi beliau tidak boleh dilawati, namun kita berdoa agar sahabat kita dilindungi Allah dan sembuh dengan segera,” kata Johari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI