fbpx

[VIDEO] Banjir Terengganu: Sekolah terjejas jalani pembelajaran PdPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Terengganu mula dilanda banjir gelombang pertama dengan beberapa kawasan di daerah ini dan Kuala Terengganu mula dinaiki air.

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pendidikan Terengganu memutuskan semua sekolah di bandar raya ini dan Kuala Nerus yang terjejas banjir sejak awal pagi tadi menukar mod sesi pembelajaran kepada Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (Sektor Pengurusan Sekolah), Azman Othman berkata, setakat ini, ia akan melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Budiman di sini.

“Murid sekolah itu tidak dibenarkan hadir ke sekolah pada pagi ini atas faktor keselamatan ekoran kawasan sekolah dinaiki air hampir 0.3 meter.

“Begitupun, sesi pembelajaran di sekolah tersebut kekal seperti biasa dengan mod PdPR,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azman berkata, pemantauan sedang dilakukan di sekolah-sekolah lain yang mungkin turut terjejas dengan banjir.

Sementara itu, kebanyakan murid dan pelajar sekolah di bandar raya ini lewat tiba di sekolah ekoran banyak jalan-jalaj utama turut dinaiki air.

Seorang suri rumah, Azila Aisya Halim, 42 berkata, dia yang menetap di Tok Jembal, Kuala Nerus terpaksa mencari laluan alternatif untuk menghantar anaknya ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sulaiman di sini pagi ini.

“Jalan yang saya biasa dilalui sesak teruk kerana dinaiki air menyebabkan saya cuba menggunakan beberapa laluan lain namun masih lewat ke sekolah kerana kesesakan luar biasa.

“Mujurlah pengurusan sekolah memaklumkan murid dibenarkan tiba lewat sedikit dari kebiasaan kerana banjir manakala mereka yang tidak dapat hadir kerana terjejas banjir perlu memaklumkan kepada guru kelas masing-masing,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI