fbpx

United serius dapatkah khidmat Griezmann

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GRIEZMANN menjadi bintang buruan Manchester United yang mahu ketumpulan jentera serangan dapat diatasi segera di United.

LONDON – Manchester United dilaporkan sedang berbincang secara serius untuk menandatangani pemenang Piala Dunia, Antoine Griezmann kerana pengurus, Erik ten Hag mahu menambah lebih banyak pengalaman di barisan serangan Red Devils.

Terdahulu, United hanya mampu menjaringkan cuma 13 gol dalam 12 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, manakala mempunyai perbezaan gol -3.

Jentera serangan United terdiri daripada Rasmus Hojlund, Marcus Rashford, Anthony Martial, Antony, Jadon Sancho dan Alejandro Garnacho masing-masing hanya memiliki satu gol EPL musim ini.

Bagaimanapun, Hojlund telah memulakan kehidupan baharunya yang mengagumkan di Old Trafford apabila sudah menjaringkan lima gol pada saingan Liga Juara-Juara.

Pada masa sama, bintang Denmark itu akhirnya turut bergelut pada saingan EPL, mungkin disebabkan beban terlalu besar diletakkan di atas bahunya sehinggakan Ten Hag mahu meringankan bebannya itu.

Disebabkan itu, Ten Hag mula mengintai-intai kewibaan dan personaliti Griezmann, 32, yang hampir menyertai United pada 2017 sebelum Atletico Madrid dikenakan larangan perpindahan.

Bintang Perancis itu dikatakan peminat tegar Manchester United sejak zaman kanak-kanak dan memakai baju No. 7 kerana cintanya kepada David Bekham.

Griezmann berada dalam prestasi yang terbaik musim ini apabila berjaya menjaringkan lapan gol untuk pasukan Diego Simeone.

United yang kemaruk mendapatkan penyerang berbisa dilaporkan sanggup menawarkan tiga kali ganda gaji Griezman kepada £240,000 seminggu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI