fbpx

Luahan Pembaca: ‘Tolong kami MB, hujan sikit air naik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ini antara kawasan yang sering dinaiki air sehingga menyusahkan penduduk untuk melaluinya di Jalan Trompet 33/8, Seksyen 33, Shah Alam.

SAUDARA PENGARANG,

Kejadian hujan lebat dan banjir termenung dua tahun lalu akan diingati sampai bila-bila oleh penduduk Shah Alam terutama bagi yang menjadi mangsa tragedi itu.

Saya merupakan salah satu mangsa yang tinggal di Taman Alam Indah 3, Seskyen 33, Shah Alam yang mendiami rumah teres dua tingkat di situ.

Hujan lebat dua hari telah mengakibatkan air bah naik secara tiba-tiba sehingga tiga hari banjir termenung, perkara itu sangat memeritkan.

Hakikatnya ketika itu mangsa banjir di kawasan kediaman kami agak dianaktirikan berbanding kawasan banjir lain di Shah Alam.

Disebabkan itu, saya mewakili penduduk sekitar seluruh penduduk Seksyen 33 dan Seksyen 27 merayu agar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Aminudin Saari mengerahkan agensi berkaitan agar menyelenggara longkang atau parit sebagai persediaan jika berlaku hujan lebat seumpama dua tahun lalu.

Apa yang ditakuti sekarang sekiranya berlaku hujan lebat akan menyebabkan air bertakung di sekitar Jalan Trompet 33/8 dan Jalan Persiaran Klang.

Setakat ini dua kawasan ini sering dinaiki air setiap petang jika berlaku hujan.

Tolonglah Datuk Seri, harap penyelenggaraan parit dan longkang kawasan ini dapat dilakukan segera memandangkan sekarang telah berlaku Monsun Timur Laut.

DAYANG SENANDUNG
Seksyen 33, Shah Alam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI