fbpx

Suami bakar isteri hidup-hidup selepas ‘kantoi’ berasmara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek menemui isterinya sedang bermadu kasih dengan teman lelakinya di atas jerami. – Snappy Goat

NEW DELHI – Seorang wanita di Bareilly, negeri Uttar Pradesh dibakar hidup-hidup oleh suaminya selepas ditangkap sedang bermadu kasih dengan teman lelakinya di atas timbunan jerami, lapor akhbar Deccan Herald semalam.

Mayat mangsa, Anjali, 35, ditemui lewat kelmarin di sebuah kawasan padang berhampiran kampung Gotiya.

Polis kemudian menahan suami mangsa, Nepal Singh atas dakwaan membunuh selepas keluarga mangsa membuat laporan.

Semasa disoal siasat, Nepal mengaku membunuh isterinya kerana wanita itu menjalin hubungan luar nikah bersama lelaki lain.

Menurut polis, ketika kejadian pada malam kelmarin, suspek melihat mangsa sedang berbaring di atas timbunan jerami bersama teman lelakinya.

Dia kemudian membakar jerami tersebut lalu melarikan diri.

Mayat mangsa dihantar untuk menjalani bedah siasat, manakala nasib teman lelakinya tidak dinyatakan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI