fbpx

Sarawak tambah belanja RM2 bilion tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUCHING – Kerajaan Sarawak meningkatkan perbelanjaan mengurus dan pembangunan dalam Belanjawan Negeri 2024, daripada RM11.5 bilion pada 2023 kepada RM13.6 bilion pada 2024 iaitu peningkatan sebanyak RM2 bilion atau 18 peratus.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata belanjawan bertemakan Pembangunan Untuk Semua: Bersama, Membina Sarawak yang Sejahtera, Mampan dan Bersatu itu akan terus menjadi bajet pengembangan untuk meningkatkan perbelanjaan kerajaan yang akan merangsang pertumbuhan ekonomi negeri.

“Belanjawan ini mengimbangi antara menyahut cabaran segera yang sedang kita hadapi, mewujudkan lebih banyak peluang untuk rakyat Sarawak, meletakkan asas yang kukuh untuk ekonomi yang lebih berdaya tahan dan terjamin.

“Pada masa sama, memastikan kemampanan fiskal jangka panjang. Bajet akan memberikan bantuan kos sara hidup di beberapa kawasan untuk mengurangkan beban kewangan kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana, membuat pelaburan bersasar dan terus melaksanakan program dan projek penting untuk manfaat rakyat,” katanya ketika membentangkan cadangan Belanjawan Negeri 2023 pada pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI