fbpx

Peruntukan ADUN pembangkang P. Pinang wajar tanpa diskriminasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkefli.

GEORGE TOWN – Peruntukan yang diberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada kalangan parti pembangkang di Pulau Pinang wajar dibuat tanpa sebarang diskriminasi.

Zulkefli Bakar (Bersatu – Penanti) berkata, perkara itu amat penting demi kemajuan negeri di mana pengagihan dari segi kewangan dan peluang yang diberikan haruslah sama rata dan adil kepada semua ADUN.

”Dari barisan pembangkang, kami mempunyai beberapa cadangan untuk diutarakan kepada pihak kerajaan negeri iaitu mengenai peruntukan.

“Peruntukan yang diberikan wajar dibuat tanpa sebarang diskriminasi, pengagihan dari segi kewangan dan peluang yang diberikan haruslah sama rata dan adil kepada semua Ahli yang berhormat,” katanya dalam sesi perbahasan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang akan mengekalkan peruntukan kepada (ADUN) pembangkang sebanyak RM60,000 setahun.

Wakil kerajaan pula akan menerima RM500,000 setahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI