fbpx

Pergolakan di utara Myanmar, 109 rakyat Malaysia masih terkandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASKAR-askar MNDAA menguasai sebuah pangkalan tentera dekat bandar Laukkaing, utara negeri Shan, Sabtu lalu. - AFP

PUTRAJAYA – Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai 109 orang warganegara Malaysia dilaporkan terkandas di bandar Laukkaing terletak di utara Myanmar susulan pergolakan yang berlaku di wilayah tersebut.

Wisma Putra berkata, rata-rata rakyat Malaysia yang dilaporkan terkandas dipercayai merupakan mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara.

“Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Yangon, Kedutaan Besar Malaysia di Beijing dan Konsulat Jeneral Malaysia di Kunming sedang menyelaras usaha menyelamat bersama Kementerian Luar Negeri Republik Kesatuan Myanmar dan Kementerian Luar Negeri Republik Rakyat China.

“Ia sebelum memuktamadkan urusan membawa pulang kesemua warganegara Malaysia terlibat dengan selamat,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Mengulas lanjut, Wisma Putra berkata, usaha terbabit turut mendapat kerjasama Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia.

“Kementerian Luar Negeri terus meningkatkan usaha bagi menangani masalah warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara.

“Kami sekali lagi ingin mengingatkan rakyat Malaysia yang berminat mendapatkan pekerjaan di luar negara supaya berhati-hati dan mengesahkan bidang atau bentuk kerja yang ditawarkan,” jelasnya.

Susulan itu, katanya, rakyat Malaysia di Myanmar yang memerlukan bantuan dan pertanyaan boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Yangon menerusi talian 00 951 220 230. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI