fbpx

Mohammad Agus buat laporan terhadap Raja Petra, PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Agus (kanan) dan Raja Petra.

KAJANG – Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff hari ini membuat dua laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang, selepas laporan awal polis yang dibuat sebelum ini tersebar di media sosial.

“Saya membuat laporan polis terhadap pengguna TikTok ‘Raja Petra’ yang menyebarkan laporan polis yang awal, yang mana mendedahkan maklumat diri serta dilihat membahayakan keluarga saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar di hadapan IPD Kajang selepas hampir empat jam dirakam keterangan mengenai video tular sebelum ini.

Sementara itu, peguam Mohammad Agus, Faizal Abd Rahman berkata, pihaknya juga ingin pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertanggungjawab atas tindakan berkongsi maklumat anak guamnya kepada orang awam.

“Maklumat mengenai anak guam saya terdedah secara sepenuhnya dan kita mengesyaki ada kebocoran makklumat dalaman pihak PDRM sendiri.

“Kes ini disiasat sebagai kes jenayah terkelas. Jadi, bagaimana laporan polis ini boleh terdedah? Kita minta siasatan dilakukan terhadap kes ini.

“Laporan pertama adalah mengenai laporan awal yang terdedah di TikTok manakala kes kedua mengenai bagaimana laporan ini boleh terdedah kepada pihak lain,” ujarnya.

Sehubungan itu, Faizal yang juga peguam kepada Wahab mengesahkan bahawa laporan awal yang tersebar di media sosial adalah bukan daripada pihaknya.

“Saya boleh sahkan ini bukan daripada pihak saya. Kita tidak mahu membuat spekulasi, namun kita mahu pihak PDRM bertanggungjawab,” tambahnya.

Mengulas lanjut mengenai Wahab, setakat ini Faizal tidak mempunyai sebarang komen tentangnya dan akan maklumkan kepada pihak media sekiranya Wahab tampil membuat laporan polis kelak.

“Bagi kes Wahab, saya tiada apa-apa komen setakat ini. Saya hadir hari ini untuk kes Mohammad Agus. Kita akan maklumkan sekiranya Wahab membuat laporan dan dia juga akan dipanggil PDRM untuk beri keterangan dalam masa terdekat.

“Kita belum pasti mengenai rakaman keterangan. Tetapi, banyak faktor yang perlu kita ambil kira terutamanya faktor keselamatan. Apapun kami akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI