KAJANG – Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang, di sini, hari ini.
Beliau tiba di pekarangan IPD berkenaan dengan ditemani peguam pada pukul 2 petang.
Mohammad Agus yang mengenakan kemeja biru kelihatan tenang dan melambai tangan ke arah petugas media yang menunggu di pekarangan IPD tersebut.
Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE