PETALING JAYA – Perkahwinan mewah anak tunggal bos AirAsia Indonesia yang dihiasi bunga segar sekitar 75 juta rupiah (RM22,394) dan sebuah kereta Ferrari menjadi bualan netizen di media sosial.
Melalui perkongsian di TikTok @junuskustedjo, video berdurasi hampir tiga minit itu memaparkan sekitar majlis resepsi Ryan Harris, anak tunggal pesuruhjaya AirAsia Indonesia merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PT Unichem Candi Indonesia iaitu syarikat pengeluar garam terkenal.
Perkahwinan Ryan Harris dan pasangannya Gwen Ashley telah diadakan di Grand Ballroom The Westin, Surabaya dan turut dimeriahkan dengan penampilan selebriti terkenal Raffi Ahmad sebagai pengacara majlis.
Cenderahati plat jenama Hermes turut diberikan kepada tetamu yang hadir dianggarkan berharga sekitar 4 juta rupiah (RM1,194).
Ramai pengguna media sosial Indonesia meluahkan pelbagai perasaan terhadap majlis perkahwinan tersebut.
“75 juta itu boleh bantu keluarga yang kurang berkemampuan menghantar anak ke sekolah,” komen Hye Jeong.
“Duit itu boleh disalurkan untuk orang yang lebih memerlukan,” tambah Purbo.
Hantaran tersebut telah menerima sebanyak 5.5 juta tontonan dan 167,000 tanda suka. – KOSMO! ONLINE