fbpx

Liga Super: Giliran Sabah belasah Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAFRI Firdaus (dua dari kiri) memulakan pesta jaringan Sabah apabila meledak gol pertama di pertengahan babak pertama. - SABAH FC

 

SHAH ALAM – Kelantan terus menjadi ‘lubuk’ jaringan buat pasukan pencabar lain di Liga Super dan kali ini dibelasah Sabah 7-0 pada aksi yang dilangsungkan di Stadium UiTM, sebentar tadi.

Sejak Liga Super diperkenalkan pada 2004, The Red Warriors kini muncul pasukan pertama yang bolos lebih 100 gol semusim, mengatasi rekod bolos 75 gol dialami PDRM FC pada edisi 2009.

Walaupun tanpa kelibat tonggak utama yang kini bersama skuad kebangsaan, pesta gol The Rhinos bermula seawal minit ke-25 menerusi Jafri Firdaus Chew sebelum Farhan Roslan dan Rizal Ghazali menambah dua lagi gol pada minit ke-29 dan 39 bagi menutup 45 minit pertama dengan kelebihan 3-0.

Hanya 12 minit selepas aksi bersambung, Sabah makin selesa apabila Irfan Fazail melepaskan rembatan deras dari luar kotak penalti untuk mengesahkan gol keempat, diikuti jaringan kelima daripada Telmo Castanheira pada minit ke-68.

Walaupun cuba melawan untuk mendapatkan gol saguhati, jurang pengalaman jelas jadi pemisah buat kedua-dua pasukan, menyaksikan anak buah Datuk Ong Kim Swee menambah dua lagi gol menerusi Ramon Machado pada minit ke-70 dan S. Kumaahran, minit ke-89.

Tiga mata kali ini menyaksikan Sabah melonjak ke tangga keempat Liga Super, kuti 45 mata manakala Kelantan makin parah di tangga tercorot dan kini merekodkan bolos 102 gol. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI