fbpx

Konflik Palestin-Israel: Satu mayat askar Israel ditanam selang sejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 50 askar Israel dikebumikan dalam masa 48 jam di Tanah Perkuburan Tentera Mount Herzl. – AFP

TEL AVIV –  Pengarah sebuah tanah perkuburan yang menempatkan jasad  askar Israel mendedahkan bahawa Rejim Zionis kehilangan ramai anggota tentera dalam perang menentang Hamas, lapor akhbar Palestine Chronicle semalam.

David Oren Baruch yang bertanggungjawab mengendalikan Tanah Perkuburan Tentera Mount Herzl berkata, satu mayat askar Israel dikebumikan bagi setiap satu jam hingga satu setengah jam di kawasan perkuburan itu.

“Tanah perkuburan ini sedang melalui tempoh masa di mana terdapat pengebumian bagi setiap satu jam hingga satu setengah  jam.

“Saya diminta menggali sejumlah besar kubur. Di Tanah Perkuburan Tentera Mount Herzl, kami mengebumikan 50 askar dalam masa 48 jam,” kata Baruch dalam satu temu bual.

Kenyataan Baruch itu bercanggah dengan taklimat harian oleh jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari dan pegawai tentera yang lain.

Menurut kiraan rasmi Zionis, lebih 60 askar Israel terbunuh dalam pencerobohan ke atas Gaza sejak 7 Oktober lalu dengan ratusan yang lain cedera.

Bagaimanapun, bukti yang didokumentasikan oleh pasukan Hamas membayangkan bahawa angka itu lebih tinggi terutamanya selepas beratus-ratus kereta kebal Israel dan kenderaan berperisai lain berjaya dimusnahkan.

Dalam satu kenyataan terbaharu semalam, sayap tentera Hamas, Briged Al-Qassam mendedahkan bahawa  mereka memusnahkan 29 lagi kenderaan tentera Israel dalam masa satu hari. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI