fbpx

Jennifer Aniston masih berkabung sebab Matthew Perry mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENNIFER ANISTON

AKTRES Jennifer Aniston sedih dan seperti tidak percaya dengan kematian mengejut rakannya yang juga pelakon, Matthew Perry pada hujung bulan lalu.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagram, dia yang pernah bersama-sama membintangi siktom Friends menganggap kematian Perry sebagai suatu hal yang tidak disangka dan menyakitkan.

“Kehilanganmu sungguh menyakitkan. Sukar untuk saya ucapkan selamat tinggal kepadamu sahabat, Matthew Perry.

“Sehingga kini saya masih bersedih dan tidak percaya telah kehilangan kamu,” ujarnya.

Dalam perkongsian tersebut, bintang berusia 54 tahun itu turut berkongsi foto hitam putih dirinya bersama Perry yang membuatkan ramai peminat juga berduka dengan kematian Perry.
Terdahulu, Perry disahkan meninggal dunia di kediamannya di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 29 Oktober lalu.

Pihak berkuasa melaporkan aktor berusia 54 itu ditemui tidak sedarkan diri dalam tab mandian di rumahnya.

Laporan agensi menyebut tiada bahan terlarang ditemui atau sebarang perkara yang mencurigakan berlaku di tempat kejadian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI