fbpx

Jangan pandang Taiwan sebelah mata – Dion Cools

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
COOLS (tengah) mengingatkan rakan-rakan sepasukan supaya tidak memandang enteng Taiwan pada aksi kedua Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 esok.

KAPTEN skuad kebangsaan, Dion Cools menyeru agar rakan-rakan sepasukan dalam skuad Harimau Malaya tidak pandang enteng dengan keupayaan Taiwan dalam usaha melakar permulaan sempurna pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 esok.

Sebagai rekod, pasukan Harimau Malaya berjaya memulakan kempen dengan langkah kanan selepas menewaskan pasukan yang berada di ranking ke-97 dunia, Kyrgyzstan 4-3 pada aksi pertama Kumpulan D, Khamis lepas.

Menurut Cools, ranking ­Taiwan yang berada di kedudukan ke-152 tidak boleh dijadikan sebagai ‘modal’ untuk pasukan ya­kin sebaliknya kekal memberikan tumpuan penuh dalam usaha meraih tiga mata ber­harga.

“Secara peribadi, ranking dunia tidak memberikan sebarang makna dan kami telah buktikan dengan menewaskan pasukan (Kyrgyzstan) yang kedudukannya 30 lebih baik dari kami.

“Malah, kita juga pernah seri dengan pasukan berkedudukan 40 lebih baik seperti Syria dan China. Justeru, kita kena hormat mereka (Taiwan) kerana pasukan itu juga memiliki potensi untuk melakar kejutan nanti.

“Apa yang saya harapkan agar barisan pemain tidak terlalu ya­kin dan fokus memberikan yang terbaik agar misi untuk melakar kemenangan di tempat lawan menjadi realiti,” katanya.

Sementara itu, pemain pertahanan kelab Buriram United percaya barisan pemain negara yang mewakili skuad kebangsaan ketika ini sudah cukup baik untuk memastikan misi layak ke pusingan kelayakan terakhir Piala Dunia 2026 menjadi kenyataan.

“Saya rasa buat masa ini tidak perlu fikir terlalu jauh dan kita fokus sahaja dengan skuad sedia ada kerana kualiti pasukan ketika ini potensi untuk lolos ke pusingan kelayakan terakhir cukup besar,” katanya.

Kali terakhir skuad negara menentang Taiwan adalah pada aksi persahabatan 2018 yang menyaksikan Harimau Malaya tewas 0-2.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI