fbpx

Isteri tikam suami rakam gambar anak saudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita itu menggunakan pisau untuk menikam suaminya. - Khmer Times

PHNOM PENH, Kemboja – Seorang lelaki cedera parah akibat ditikam isterinya selepas dia mengambil gambar anak perempuan saudara mereka, lapor akhbar Khmer Times hari ini.

Kejadian berlaku pada pukul 8 malam (waktu tempatan) kelmarin di daerah Oral, wilayah Kampong Speu.

Menurut Polis Daerah Oral, wanita bernama I Sophorn, 39, itu berang apabila melihat suaminya, Om Chhuon, 44, mengambil gambar anak saudara perempuan mereka.

Selepas ditikam, lelaki itu cedera parah pada bahu kirinya dan dikejarkan ke Hospital Wilayah Kampong Speu untuk rawatan.

Polis berkata, punca si isteri mengeluarkan pisau untuk menikam suaminya adalah kerana cemburu.

Suspek kini ditahan polis dan dibawa ke Inspektorat Polis Daerah Lisan untuk tindakan undang-undang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI