fbpx

Hujan beberapa tempat hampir seluruh Semenanjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalayasia) melaporkan ramalan hujan lebat bakal melanda beberapa tempat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, di Semenanjung, Pahang adalah kawasan ramalan hujan di kebanyakan tempat.

“Selain itu, negeri Kelantan, Terengganu, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan kawasan pendalaman Kedah pula diramal hujan di satu dua tempat di kawasan tersebut.

“Manakala di Sabah pula, hujan diramalkan berlaku di beberapa tempat di WP Labuan, Pantai Barat, Sandakan, Kudat dan kawasan pendalaman,” ulasnya.

Tambahan, di Sarawak, kawasan Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri turut diramal dengan cuaca buruk itu.

Bagaimanapun, di Perlis, Pulau Pinang, Tawau, Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Kapit dan Limbang diramal cuaca cerah pagi ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI