fbpx

Hamil? ‘Kita tak beritahu pun orang akan nampak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UQASHA SENROSE

PETALING JAYA – Kerap diasak dengan pertanyaan mengenai isu kehamilan, aktres Uqasha Senrose, 31, hanya meminta orang ramai menitipkan doa baik-baik buat dirinya.

Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen bagaimanapun tidak menafikan atau mengiyakan dakwaan dirinya sedang hamil anak sulung.

“Sebenarnya soalan ini paling banyak saya dapat dan malas nak jawab. Betulkah saya hamil?

“Doa dan minta yang baik-baik sahaja. Kita semua nak zuriat,” katanya menjawab soalan yang diterima daripada netizen dalam Instagram semalam.

Dia yang popular menerusi drama Perempuan Tanpa Dosa itu juga memberitahu, akan memaklumkan kepada semua pihak sekiranya Tuhan mengurniakan zuriat satu hari nanti.

“Nanti sampai masanya ada dan Allah beri, kita tak beritahu pun orang akan nampak.

“Tak perlu tanya banyak kalilah ya,” ujarnya lagi.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan timbul dakwaan isteri kepada pelakon Kamal Adli itu sednag berbadan dua apabila ada yang terlihat bentuk baby bump dalam beberapa video siaran langsung TikTok  baru-baru ini.

Meskipun ramai bertanya, dia tidak membalas soalan sebegitu dan hanya menbiarkan netizen terus berteka-teki.

Sebelum ini, dia mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali iaitu ketika menunaikan umrah pada awal tahun 2022 dan sekitar November pada tahun sama.

Untuk rekod, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal, 37, atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli pada 5 November 2021 di Bentong, Pahang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI