PENYANYI Halsey menerima ancaman bunuh daripada seseorang gara-gara kelantangannya bersuara tentang pembebasan Palestin daripada cengkaman Israel.
Kerana takut berlaku apa-apa kejadian buruk terhadap dirinya dan juga keluarga, penyanyi berusia 29 tahun itu terpaksa berhenti daripada mengeluarkan sebarang kenyataan menyokong Palestin dalam media sosial.
“Seorang individu tidak dikenali telah mengancam untuk membunuh saya dengan menggunakan senjata api kerana menyokong Palestin.
“Saya tidak menganggap ancaman tersebut sebagai satu bentuk gurauan. Walaupun saya tidak berkongsi apa-apa lagi tentang Palestin, namun negara tersebut berhak untuk bebas daripada penjajahan,” ujarnya dalam Instagram.
Tambah pelantun Without Me itu, lebih menakutkan apabila pintu rumahnya diketuk beberapa kali, namun apabila dibuka, tiada siapa pun yang berada di luar rumah.