PETALING JAYA – Pemilik aplikasi X, Elon Musk mengharamkan slogan ‘From the river to the sea, Palestine will be free’ dan beberapa istilah yang menjurus kepada pro-Pelastin disebarkan di aplikasi X.
Menerusi ciapan Musk di aplikasi X, beliau berkata, pengguna yang melanggar peraturan itu akan menyebabkan akaun mereka digantung serta-merta daripada platform tersebut.
Dalam pada itu, Musk mendakwa, slogan dan istilah berkenaan umpama menyokong pembunuhan beramai-ramai yang tercetus sejak 7 Oktober lalu.
Katanya lagi, tindakan tersebut adalah bagi menghormati sesetengah pihak dan memastikan komunikasi antarabangsa dapat dikekalkan dalam keadaan baik.
Sejak lebih sebulan lalu, penduduk dunia tegas melaungkan slogan ‘From the river to the sea, Palestine will be free’ sebagai tanda solidariti mereka untuk memastikan tanah dan rakyat Palestin akan bebas daripada kekejaman Zionis Israel. – KOSMO! ONLINE