fbpx

Dewan Rakyat: Rumah PPR sempit antara punca masalah mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Projek Perumahan Rakyat (PPR). -Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang kecil, tetapi dihuni sehingga tiga generasi keluarga antara punca kepada masalah kesihatan mental dan kecenderungan untuk membunuh diri dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di kawasan perumahan tersebut.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, perkara itu merupakan suatu fenomena yang sangat membimbangkan bagi Kementerian Kesihatan (KKM).

“Betul. Ini juga satu fenomena yang sangat membimbangkan KKM. Kita (KKM) dalam kerajaan (perlu) bekerjasama antara kementerian seperti dengan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) atau mereka yang membangunkan perumahan ini.

“Kita juga dapat tahu bahawa keadaan tempat tinggal yang sangat tidak selesa dan tidak kondusif juga memberi sumbangan kepada kesihatan mental khususnya kanak-kanak. Kadang-kala kita melihat PPR itu tempat yang sangat kecil, dua bilik dan sebagainya, tetapi hingga tiga generasi (keluarga) berada dalam rumah yang sekecil itu.

“Perlu dibuat satu kolaborasi strategik bersama agensi-agensi pusat lain,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat) berhubung kajian Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mendapati lebih 12.3 peratus kanak-kanak dan remaja berusia 10 hingga 17 tahun yang mendiami PPR di Lembah Klang mengalami masalah kesihatan mental dan cenderung untuk membunuh diri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI