fbpx

Bukan lagi Hamas, rakyat, Israel tukar sasaran bunuh para media Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan - AFP

PETALING JAYA – Memasuki bulan kedua konflik antara Palestin dengan Israel, serangan rejim Zionis terhadap Semenanjung Gaza dilihat mula beralih sasaran membunuh para media yang bertungkus lumus melaporkan kekejaman tentera Israel kepada dunia.

Situasi itu jelas terbukti apabila wartawan Palestin, Hasouna Salim dan rakan medianya, Sari Mansour terbunuh selepas tentera rejim Zionis membedil kem Bureij, tengah Gaza malam kelmarin.

Menurut data dikeluarkan Pejabat Media Palestin setakat 18 November, seramai 56 pengamal media terkorban sama ada semasa membuat liputan di kawasan konflik mahupun terbunuh ketika berada di rumah sejak konflik perang itu tercetus 7 Oktober lalu.

Dalam pada itu, Ketua Akhbar Palestin, Belal JadaAllah dipetik berkata, beliau menegaskan bahawa golongan wartawan dan jurugambar menjadi sasaran utama tentera Israel di Gaza sehingga pihaknya kehilangan ramai pengamal media hebat akibat dibunuh Zionis.

“Wartawan Palestin ketika ini jadi sasaran,” tegasnya.

Difahamkan, kenyataan itu dibuat sebelum beliau turut terkorban susulan serangan oleh rejim Zionis Israel, yang mana kematiannya turut dimaklumkan oleh pengamal media di Palestin malam tadi.

Terdahulu, wartawan Agensi Berita WAFA, Mohammad Abu Hasira dilaporkan terbunuh selepas kediamannya di Bandar Gaza dibom tentera penceroboh Israel.

Abu Hasira dan 42 ahli keluarga yang lain, termasuk anak lelakinya terkorban dalam insiden tersebut.

Beberapa hari sebelum itu, seorang lagi wartawan, Mohammad Hamouda dan keluarganya cedera parah selepas rumah mereka menjadi sasaran serangan tentera Israel.

Selain pengamal media, serangan rejim Zionis turut mengorbankan kira-kira 200 anggota perubatan termasuk paramedik serta 22 anggota pertahanan awam.

Secara keseluruhannya, konflik yang memasuki hari ke-45 ini menyaksikan jumlah angka korban rakyat Palestin meningkat kepada 12,300 nyawa dengan lebih 30,000 mangsa lagi cedera serta hampir 300,000 rumah dan bangunan musnah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI