fbpx

Budak melecur tampal kulit tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairi dan isteri menunjukkan gambar Mohd. Dawisy (kiri) dan kembarnya ketika ditemui di Hospital Pulau Pinang, baru-baru ini.

GEORGE TOWN – Budak lelaki 12 tahun yang melecur akibat ter­kena renjatan elektrik di dalam bilik jana kuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menjalani pembedahan menampal kulit pada tangannya hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang Rabu lalu, Mohd. Dawisy Zarif Mohd. Khairi melecur 50 peratus akibat terkena renjatan elektrik selepas dikatakan mahu mengambil bola yang terpelanting ke dalam bilik jana kuasa itu.

Mohd. Khairi Abdul Ghani, 38, berkata, dia dimaklumkan doktor pakar yang merawat anaknya di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pulau Pinang (HPP) bahawa keadaan anak bongsunya stabil.

“Anak saya masih ditidurkan lagi dan hari ini (semalam) doktor memaklumkan akan menjalani satu pembedahan menampal kulit tangan, pada bahagian yang melecur teruk dahulu.

“Belum pasti ia (kulit) diambil dari kulit bahagian mana, tengok yang mana sesuai, mungkin dari kulit belakang badan,” katanya kepada Kosmo! di sini, semalam.

Berita berkaitan: Budak lelaki melecur terjatuh dalam bilik jana kuasa elektrik

Dalam pada itu, Mohd. Khairi memberitahu, belum ada sebarang pergerakkan ditunjukkan anaknya, namun dia berharap Mohd. Dawish segera pulih daripada kecederaan melecur yang dialaminya itu.

“Sebagai bapa, sudah tentu mahukan anak saya segera sedar dan kembali sihat seperti sedia kala. Doktor juga memaklumkan anak saya sudah menunjukkan perkembangan kesihatan yang positif,” jelasnya.

Sebelum ini, TNB dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya akan menyalurkan segala bantuan termasuk menanggung kos rawatan dan perubatan yang diperlukan agar mangsa renjatan elektrik itu mendapat rawatan yang terbaik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI