fbpx

Bekas CEO MBI Kedah dituduh rasuah kes perlombongan REE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Sobri (kiri) diiringi pegawai SPRM selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar atas dua pertuduhan rasuah, hari ini.

ALOR SETAR – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan rasuah berjumlah RM5 juta berkaitan perlombongan unsur nadir bumi (REE) pada pertengahan tahun ini.

Tertuduh, Muhamad Sobri Osman, 63, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa meminta suapan sebanyak RM4 juta daripada seorang lelaki Turki, John Abad Pe di Hotel Centara, Hatyai, Thailand pada 20 Mei lalu.

Tertuduh bagi pertuduhan kedua pula didakwa menerima wang tunai berjumlah RM1 juta secara rasuah dari John melalui seorang wanita, Liyana Mamat @ Khalid, 40.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tempat letak kereta Wisma Darul Aman dekat Jalan Tunku Bendahara di sini pada 29 Mei lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, tindakan meminta dan menerima rasuah itu dibuat sebagai dorongan untuknya membantu syarikat Kumpulan Perlombongan REE Sdn. Bhd. menjalankan usaha sama perlombongan mineral berharga tersebut melalui satu Memorandum Persefahaman (MoU) antara MBI Kedah dengan syarikat berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI