fbpx

Bakat ATM salur bantuan selimut, tuala ke Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramlah (tengah) bergambar bersama wakil-wakil syarikat yang menyalurkan sumbangan pada Sumbangan Untukmu Palestin di Rumah Bakat ATM, hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (Bakat) menyampaikan sumbangan sebanyak 2,322 helai selimut, 1,000 tuala dan 360 beg tidur kepada rakyat Palestin, hari ini.

Pengerusi Jemaah Tertinggi Bakat ATM, Puan Sri Ramlah Dawi berkata, bantuan barangan itu dijangka dihantar ke Gaza pada 30 November ini.

Sumbangan itu adalah sebagai tanda solidariti Bakat ATM dalam menyokong bantahan dunia terhadap kekejaman rejim Zionis.

“Ia akan disalurkan kepada penduduk di Gaza dengan kerjasama Pertubuhan Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Malaysia (Hawa Malaysia) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).

“Barangan itu merupakan sumbangan beberapa pihak seperti Maxvec Sdn. Bhd., Silver Sunrise Sdn. Bhd., Ideas Hotel dan markas ATM,” katanya ketika berucap di Majlis Sumbangan Untukmu Palestin, di Rumah Bakat ATM, di sini hari ini.

Beliau berkata, walaupun kecil, bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban penduduk di negara bergolak tersebut.

“Ia juga tanda keprihatinan Bakat ATM untuk meringankan beban kewangan dan emosi yang ditanggung rakyat di Gaza,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI