fbpx

Anak gajah naik pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bupe dibawa ke pusat pemeliharaan Amanah Pendidikan Hidupan Liar Chipembele dengan menaiki pesawat. - ANNA TOLAN/GRI

LUSAKA, ZAMBIA – Seekor anak gajah yang terbiar bersendirian tanpa induknya di hutan dipindahkan ke kawasan selamat menggunakan sebuah pesawat, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Haiwan berusia 10 bulan dinamakan Bupe itu dilaporkan terbiar selama lima hari.

Ia dikatakan bertahan  hidup dengan tinggal di kawasan berdekatan air ketika waktu siang dan bersembunyi dalam  semak-samun untuk berlindung daripada serangan haiwan pemangsa pada malam hari.

Bupe diselamatkan oleh kumpulan pemuliharaan dan dibawa ke pusat pemeliharaan Amanah Pendidikan Hidupan Liar Chipembele di Taman Negara Luangwa Selatan, Zambia.

Sebuah pesawat disewa khas digunakan untuk membawa anak gajah seberat 350 kilogram itu dalam penerbangan selama hampir dua jam.

Bupe diharap dapat kembali sihat dan hidup di samping kawanan baharu di pusat pemuliharaan tersebut sebelum ia dibebaskan kembali ke belantara. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI