KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd. Isam Mohd. Isa mempersoalkan ketiadaan Ahli Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat pagi ini.
Beliau pada sesi soal jawab lisan pagi ini mendakwa tiada seorang pun wakil pembangkang kelihatan di kerusi masing-masing.
“Bukan ramai tidak hadir, seorang Ahli Parlimen pembangkang pun tidak ada, inilah perangai pembangkang,” katanya.
Berikutan itu, Yang di-Petua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menghentikan sementara sesi soal jawab lisan tersebut.
“Oleh kerana ramai Ahli Parlimen tidak hadir, saya akan buka peluang kepada setiap jawapan yang dijawab ini untuk tiada soalan tambahan,” katanya.
Difahamkan, semua Ahli Parlimen pembangkang berada di ‘Himpunan Selamatkan Syariah’ yang sedang berlangsung di Putrajaya pagi ini. – KOSMO! ONLINE