fbpx

115 laporan polis dibuat berhubung pelaburan I-Serve

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 115 laporan polis telah dibuat berhubung penipuan pelaburan I-Serve membabitkan kerugian berjumlah RM118.6 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, jumlah individu yang ditahan masih kekal 10 orang dan tiada tangkapan baharu dilakukan.

“Kes berkenaan masih dalam siasatan kami, ini semua berkenaan penjejakan wang, akaun dan banyak forensik kewangan akan dibuat,” katanya dalam sidang akhbar di Menara KPJ, di sini hari ini.

Terdahulu, 26 Oktober lalu, Kosmo! melaporkan empat suspek yang juga pekerja di syarikat i-Serve ditahan bagi membantu siasatan berhubung isu pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan seorang pengasas syarikat penerbangan tambang rendah bergelar ‘Datuk’.

Polis memulakan siasatan terhadap Pelaburan I-serve dan rangkaian syarikat di bawahnya pada 17 Oktober lalu selepas pengasas bersama syarikat penerbangan tambang murah bergelar Datuk ditahan bersama isteri dan anaknya di kediaman mereka di Shah Alam, Selangor.

Kes berkenaan sedang disiasat polis bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Susulan siasatan itu setakat ini polis telah merampas 12 buah kenderaan dari dua suspek, dokumen berkaitan i-Serve Technology dan Vacation Sdn Bhd, enam jam tangan mewah, lapan beg tangan mewah, dua komputer riba, satu CPU dan 10 barang kemas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI