fbpx

Sultan Kedah ingatkan graduan tentang integriti 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sallehuddin bertitah pada Majlis Konvokesyen Ke-36 UUM di Sintok, hari ini.

SINTOK – Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah hari ini mengingatkan para graduan tentang kepentingan tadbir urus yang cekap dan berintegriti dalam semua aspek kehidupan setelah menempuh alam pekerjaan.

Titah baginda yang juga Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), integriti dan tadbir urus yang baik dan cekap juga merupakan asas kepada kecemerlangan sebuah organisasi.

“Ini adalah kerana di hadapan beta hari ini, adalah para graduan kelas pertama, best of the best (terbaik dari yang terbaik), lulusan daripada UUM yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah mempunyai pendedahan dan pengalaman dalam urusan kepimpinan dan pengurusan sesebuah organisasi.

“Dalam pengamatan Beta, jatuh bangun sesebuah institusi, syarikat, organisasi, pemimpin, atau seseorang individu, adalah bergantung kepada integriti yang dimiliki olehnya,” titah baginda pada Majlis Konvokesyen Ke-36 UUM di Sintok dekat sini hari ini.

Seramai 5,738 graduan akan menerima ijazah masing-masing melibatkan sembilan sesi pada majlis konvokesyen tersebut yang bermula hari ini sehingga 23 November di Dewan Mu’adzam Shah, UUM.

Bertitah lanjut kata Sultan Sallehuddin, graduan UUM juga disarankan untuk membantu sesebuah organisasi dan majikan mereka  dengan mewujudkan Dokumen Pelan Antirasuah Organisasi.

“Dokumen ini yang merangkumi pelbagai usaha organisasi, untuk mengatasi masalah rasuah yang berlaku. Ia merangkumi dasar, prosedur, latihan, dan inisiatif yang digunakan, untuk mengurangkan risiko rasuah, meningkatkan kesedaran etika di kalangan kakitangan, dan mempromosikan integriti.

“Pelan ini adalah satu pendekatan yang holistik untuk dilaksanakan, bagi memastikan bahawa sesebuah organisasi dapat memerangi rasuah, dalam semua aspek operasinya,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI