fbpx

Sudah-sudahlah Shakilla, Fizi Ali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERGADUHAN pasca cerai antara Shakilla dan Fizi Ali nampaknya belum berakhirnya.

SEPERTI tidak berkesudahan walaupun sudah bercerai.

Pada awalnya, Diva masih lagi positif mengenai ‘drama’ antara Shakilla Koriri dan Fizi tetapi lama-kelamaan rasa cukup-cukuplah.

Mungkin ada isu dalaman yang hanya mereka sahaja tahu tetapi kalau boleh usahlah berkongsi semua masalah dalam media sosial.

Kalau rasa ada pihak tak beri kerjasamana terutama berkaitan anak, failkan sahaja terus kes ke mahkamah dan jangan kusutkan lagi keadaan.

Diva tidak berpihak kepada Shakilla mahupun Fizi sebab percaya kedua-duanya ada ego tersendiri, sebaik-baiknya selesaikan masalah dengan cara lebih matang.

Usah jadikan anak sebagai mangsa dalam perbalahan anda berdua. Kasihan kerana perlu hadap ‘perang dingin’ ibu bapa pada usia yang masih kecil.

Harapnya Fizi dan Shakillah selesaikan segera kemelut, lama-lama orang pun naik muak dan meluat.

DIVA: Fuh! Siapa aktres wanita yang didakwa sebagai ‘wanita simpanan’ golongan kenamaan?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI