fbpx

‘Penyanyi kena jadi nombor satu sebab tiada nombor dua’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMLI MS (kanan) menasihatkan agar Zaki Yamani tidak meniru gaya nyanyian bapanya, Jamal Abdillah.

SHAH ALAM – Pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS menitipkan pesanan kepada anak Datuk Jamal Abdillah iaitu Zaki Yamani agar tidak meniru identiti bapanya.

Menurut Ramli, Zaki perlu mencari keunikan sendiri selain sentiasa merendah diri untuk terus berjaya.

“Umur awak 17 tahun, sangat muda. Satu pesanan uncle (pak cik), jadi diri sendiri.

“Ayah awak ialah Jamal. Tak boleh jadi seperti dia,” katanya selepas persembahan duet Aliff Aziz dengan Zaki yang mendendangkan lagu Jampi nyanyian asal Hael Husaini pada konsert minggu kesembilan All Stars Gegar Vaganza (GV10) di sini, malam ini.

Selain merendah diri, Ramli turut berharap Zaki atau nama penuhnya Ahmad Zaki Yamani, 17, sentiasa jujur dengan nyanyian yang dipersembahkan.

Katanya lagi, setiap penyanyi perlu sentiasa mengejar untuk berada di tangga teratas.

“Penyanyi kena jadi nombor satu sebab tiada nombor dua.

“Berkawan dengan orang pandai, jangan sombong dan jujur dengan nyanyian,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI