fbpx

Lelaki hilang dua hari mati dalam hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki yang dilapor hilang selepas masuk ke dalam hutan Mosung, Kampung Monsok Tengah, Tambunan dua hari lalu ditemui meninggal dunia hari ini. -Foto BOMBA

TAMBUNAN – Seorang lelaki yang dilapor hilang selepas masuk ke dalam hutan Mosung, Kampung Monsok Tengah dua hari lalu ditemui meninggal dunia hari ini.

Kehilangan Felix Joseph, 40, hanya disedari abangnya selepas masuk ke dalam hutan sama dan menemui motosikal milik adiknya kira-kira pukul 9 pagi pada 17 November lalu.

Mangsa dikatakan masuk ke dalam hutan berkenaan bagi melakukan aktiviti menjerat haiwan liar.

Usaha mencari mangsa di sekitar kawasan terakhir mangsa dilaporkan hilang telah dilakukan oleh penduduk kampung tetapi mangsa gagal ditemui.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.45 malam semalam.

“Operasi SAR yang bermula 9.35 pagi tadi akhir mangsa ditemui oleh pasukan penyelamat pada pukul 10.28 pagi tadi

“Mangsa ditemui meninggal dunia di hutan kira-kira tiga kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pasukan penyelamat kemudian mengangkat dan membawa keluar mangsa dari hutan ke PKTK. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI